- May 17, 2025
Adakah PCOS Boleh Dirawat? Ini Jawapan yang Ramai Tak Tahu
- Dr. Salleha Khalid
- 0 comments
Bila diberitahu ada PCOS, soalan pertama yang sering muncul ialah:
“Boleh ke saya dirawat?” atau “Ada ubat ke untuk PCOS?”
PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) bukan sekadar masalah ovari. Ia adalah gangguan hormon kompleks yang boleh mempengaruhi haid, ovulasi, berat badan, kulit dan juga emosi.
PCOS boleh diurus dan dirawat, yang mana rawatan itu disesuaikan dengan tujuan dan simptom utama yang dihadapi.
1. Apa Maksud ‘Dirawat’?
Perlu difahamkan bahawa PCOS tiada ‘penawar’ kekal seperti antibiotik yang boleh hapuskan jangkitan. Tapi, ia boleh dikawal secara efektif, sehingga kitaran haid kembali teratur, ovulasi berlaku dan gejala seperti jerawat atau pertambahan bulu berkurang.
2. Rawatan Ikut Matlamat Pesakit
Rawatan PCOS bergantung kepada apa yang anda sedang fokus:
a) Kalau anda sedang TTC:
Fokus utama ialah memulihkan ovulasi.
Ubat seperti letrozole atau clomiphene digunakan untuk rangsang telur.
Suntikan hormon (gonadotropin) atau IVF mungkin diperlukan jika tiada respon.
Berat badan ideal penting — penurunan 5–10% pun boleh bantu ovulasi.
b) Kalau anda tak bercadang untuk hamil sekarang:
Rawatan lebih kepada mengawal hormon dan simptom.
Pil perancang (OCP) bantu stabilkan hormon & kitaran haid
Metformin boleh kurangkan rintangan insulin
Ubat anti-androgen (seperti spironolactone) untuk masalah jerawat atau bulu berlebihan
3. Diet & Gaya Hidup Masih No. 1
Walaupun ada ubat, pengurusan gaya hidup tetap asas utama rawatan PCOS.
Pemakanan rendah glisemik (low GI) bantu kawal gula & insulin
Senaman berkala bantu kawal berat & hormon
Tidur cukup dan stres terkawal bantu keseimbangan hormon
4. Rawatan Boleh Berubah Ikut Masa
PCOS boleh berubah ikut fasa hidup. Apa yang berkesan hari ini, mungkin perlu diubah 2–3 tahun akan datang.
Contohnya:
Waktu belum kahwin — mungkin hanya perlu stabilkan haid
Bila TTC — fokus pada ovulasi & kesuburan
Selepas anak pertama — mungkin perlu pendekatan baru pula
Sebab tu penting untuk ada doktor yang faham dan ikut rapat perkembangan anda.
5. Jangan Sangka Semua Simptom Itu PCOS
Bukan semua kitaran tak teratur = PCOS
Bukan semua jerawat = PCOS
Diagnosis perlu disahkan ikut kriteria klinikal & ultrasound. Diagnosis yang tepat = rawatan yang lebih berkesan.
Kesimpulan: Ada Harapan, Jangan Putus Asa
PCOS boleh dirawat — dengan strategi yang betul, kesabaran dan pendekatan yang konsisten.
Tiada rawatan ‘one-size-fits-all’, tapi dengan pemantauan rapi, ramai wanita berjaya mengawal simptom dan berjaya hamil secara natural atau dengan bantuan kesuburan.
Kalau anda sedang alami simptom PCOS dan masih belum pasti apa langkah seterusnya — jangan pendam seorang diri. Dapatkan nasihat dan pelan rawatan yang sesuai dengan tubuh dan matlamat hidup anda.💜