• Apr 17, 2025

Cyst? Biasa ke Bahaya?

  • Dr. Salleha Khalid
  • 0 comments

Tak semua cyst berbahaya. Ramai wanita ada cyst tanpa sedar — dan kebanyakannya hilang sendiri. Tapi ada juga cyst yang boleh sebabkan sakit, ganggu haid, atau jejaskan kesuburan. Dalam artikel ini, saya terangkan jenis-jenis cyst dan bila perlu buat pemeriksaan lanjut.

Ramai wanita yang terkejut bila dapat tahu mereka ada cyst pada ovari. Soalan pertama yang biasa saya dengar:

"Bahaya ke doktor? Kena buang ke?"

Truth is — cyst sangat biasa dan dalam kebanyakan kes, tak perlu pun dibuang.


Apa Itu Cyst Ovarian?

Cyst ialah kantung berisi cecair yang terbentuk dalam atau atas ovari. Kebanyakan cyst adalah functional cyst, yang terjadi secara normal semasa kitaran haid. Ia biasanya kecil dan hilang sendiri.


Jenis-Jenis Cyst

1. Functional Cyst
– Sangat biasa
– Hilang sendiri dalam 1–3 bulan
– Jarang beri simptom

2. Endometriotic Cyst (Cyst Chocolate)
– Berkait dengan endometriosis
– Boleh sebabkan senggugut teruk & susah hamil
– Perlu pemantauan atau rawatan lanjut

3. Dermoid Cyst
– Boleh mengandungi rambut, tisu, atau lemak
– Biasanya benign tapi mungkin perlu dibuang jika besar

4. Cystadenoma
– Tumbuh dari tisu permukaan ovari
– Kadang sangat besar dan perlu dibuang


Bila Kena Risau?

Cyst patut diperiksa jika anda ada:

  • Sakit perut bawah berpanjangan

  • Haid tidak teratur

  • Sukar hamil (TTC lebih 6 bulan–1 tahun)

  • Cyst lebih 5cm dan tak mengecil

  • Cyst berdinding tebal atau kandungan kompleks


Pemeriksaan dan Rawatan

Biasanya kita buat ultrasound TVS untuk lihat saiz, bentuk, dan jenis cyst. Kadang-kadang ujian darah diperlukan.

Kalau cyst tak ganggu — kita boleh pantau je. Tapi kalau saiz besar, kandungan pelik atau ada simptom — rawatan mungkin disarankan.


Kesimpulan

Tak semua cyst perlukan pembedahan. Tapi penting untuk tahu jenisnya dan pantau perkembangan — especially kalau anda sedang TTC.

Jangan tunggu sampai sakit atau risau sendiri. Pemeriksaan awal boleh beri ketenangan dan bantu rancang rawatan dengan lebih baik. 💜

0 comments

Sign upor login to leave a comment