- Sep 11, 2025
Vaginal Dilator: Kegunaan, Perbezaan dengan Dildo dan Jenis yang Disyorkan
- Dr. Salleha Khalid
- 0 comments
Apa Itu Vaginal Dilator?
Vaginal dilator ialah alat berbentuk silinder yang direka khas untuk membantu meregangkan dan melonggarkan otot faraj. Ia biasanya digunakan secara berperingkat, bermula dengan saiz yang lebih kecil dan beransur-ansur meningkat mengikut keselesaan.
Untuk Siapa?
Penggunaan vaginal dilator sering disyorkan untuk:
Wanita dengan vaginismus, di mana otot faraj mengecut secara tidak sengaja dan menyebabkan kesakitan semasa hubungan intim.
Pesakit kanser yang telah menjalani pembedahan pelvis, radioterapi, atau rawatan hormon yang menyebabkan kekeringan atau pengecilan faraj.
Wanita yang mengalami kesakitan semasa pemeriksaan ginekologi atau hubungan intim kerana parut atau perubahan struktur faraj.
Vaginal Dilator vs Dildo: Apa bezanya?
Walaupun bentuknya mungkin nampak serupa, fungsinya berbeza:
Vaginal dilator adalah alat perubatan yang direka untuk tujuan terapeutik, bukan untuk rangsangan seksual. Ia digunakan mengikut panduan doktor atau fisioterapis lantai pelvis.
Dildo pula direka untuk keseronokan seksual dan tidak semestinya sesuai atau selamat untuk tujuan terapi.
Jenis Vaginal Dilator: Plastik atau silikon?
Plastik: Lebih keras, mudah dimasukkan tetapi kurang fleksibel. Ada yang mendapati ia terasa “terlalu kaku” dan kurang selesa.
Silikon: Lebih lembut, fleksibel, dan menyerupai rasa tisu badan, menjadikannya lebih selesa terutamanya untuk mereka yang sensitif atau baru bermula.
Atas sebab ini, kami biasanya mengesyorkan vaginal dilator silikon kerana ia lebih lembut pada tisu faraj dan mengurangkan risiko trauma atau ketidakselesaan.
Penggunaan Yang Betul : Penting untuk hasil yang selamat dan berkesan
Penggunaan dilator memerlukan teknik yang betul, kesabaran, dan konsistensi. Setiap sesi biasanya mengambil masa beberapa minit, dan progres dilakukan secara berperingkat. Sesetengah wanita memerlukan kombinasi rawatan lain seperti latihan relaksasi otot atau pelincir yang sesuai.
Penutup
Sebelum mula menggunakan vaginal dilator, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar fisioterapi lantai pelvis. Mereka boleh membantu memberi panduan langkah demi langkah, memantau kemajuan, dan menyesuaikan rawatan mengikut keadaan khusus yang anda hadapi.