• Jan 5, 2026

Endometriosis dan Kesuburan: Bila “Sakit Haid Biasa” Sebenarnya Tak Biasa

  • Dr. Salleha Khalid
  • 0 comments

Endometriosis bukan penyakit rare. Ramai wanita hidup bertahun-tahun dengan sakit haid yang kuat, tanpa sedar ia boleh menjejaskan kesuburan. Artikel ini kupas bagaimana endometriosis mempengaruhi peluang hamil, bila pembedahan membantu atau memudaratkan, serta apa yang wanita TTC perlu fikir sebelum buat keputusan rawatan.

Endometriosis sebenarnya sangat common

Secara ringkas, endometriosis berlaku bila tisu seakan lapisan rahim tumbuh di luar rahim.

Apa yang ramai tak tahu:

  • Sekitar 1 daripada 10 wanita usia subur ada endometriosis

  • Dalam kalangan wanita yang sukar hamil, angka ini boleh mencecah 30–50%

Ramai hanya dapat diagnosis selepas bertahun TTC, sebab sakit haid lama dianggap “normal”.


Bagaimana endometriosis jejaskan kesuburan?

Endometriosis jarang melibatkan satu isu sahaja. Biasanya ia kombinasi beberapa faktor.

Antaranya:

1. Keradangan dalam pelvis
Persekitaran yang inflamed boleh ganggu kualiti telur, pergerakan sperma, dan proses implantasi.

2. Struktur pelvis berubah
Lekatan boleh tarik ovari dan tiub dari posisi asal. Telur mungkin ada, tapi laluan untuk bertemu sperma jadi tidak ideal.

3. Kesan pada ovari
Endometrioma (cyst coklat) boleh perlahan-lahan merosakkan tisu ovari yang sihat.

Ini sebabnya sesetengah wanita masih haid cantik, tapi egg reserve (rizab telur) sebenarnya menurun.


Perlu ke operate kalau ada endometriosis dan sedang TTC?

Jawapan jujur dan ringkas: tak semestinya.

Pembedahan boleh membantu jika:

  • Sakit sangat teruk

  • Cyst besar

  • Anatomi pelvis terlalu distorted

Tapi untuk TTC, pembedahan bukan default solution.

Setiap kali endometrioma dibuang ada risiko egg reserve menurun risiko jadi lebih tinggi jika surgery berulang.

Sebab itu keputusan untuk operate perlu tengok kesuburan jangka panjang, bukan sekadar hanya buang cyst.


Endometriosis boleh datang semula

Ini bahagian yang selalu mengejutkan ramai wanita.

Endometriosis adalah kondisi kronik. Walaupun selepas pembedahan:

  • Ia boleh berulang

  • Risiko meningkat jika tiada perancangan yang jelas selepas surgery

So soalan penting bukan “perlu operate atau tidak”, tapi: Lepas operate, apa next step untuk hamil?


Endometriosis dan egg reserve: jangan tunggu baru check

Ramai rasa lega bila haid masih regular.

Tapi realitinya:

  • Egg reserve boleh menurun senyap-senyap

  • Endometrioma dan pembedahan adalah antara penyumbang utama

Ujian seperti AMH penting sebelum buat keputusan besar, supaya rawatan tidak merugikan peluang hamil sendiri.


Pendekatan yang lebih selamat untuk wanita TTC

Untuk wanita TTC, fokus rawatan endometriosis adalah:

  • Lindungi egg reserve

  • Jangan buang masa dengan rawatan yang tidak tingkatkan peluang hamil

Dalam kes tertentu, rawatan seperti IUI atau IVF boleh memberi peluang hamil yang lebih baik tanpa pembedahan berulang.

Rawatan perlu ikut umur, egg reserve, tahap endometriosis dan tempoh TTC. Tiada satu formula untuk semua.


Ringkas tapi penting untuk diingat

Endometriosis bukan sekadar sakit haid. Ia boleh menjejaskan kesuburan secara perlahan dan senyap.

Jika sedang TTC dan ada:

  • Sakit haid teruk

  • Endometrioma

  • atau sudah lama mencuba

Jangan tunggu terlalu lama dan jangan buat keputusan rawatan tanpa melihat kesannya pada egg reserve. Rawatan yang tepat, dibuat pada masa yang betul, boleh buat perbezaan besar dalam perjalanan TTC.

0 comments

Sign upor login to leave a comment