• Jul 25, 2025

Berapa Kali Kena Buat Hubungan Intim Untuk Hamil?

  • Dr. Salleha Khalid
  • 0 comments

Ramai pasangan yang sedang TTC rasa tertekan tentang kekerapan hubungan intim. Ada yang fikir perlu bersama setiap hari supaya cepat hamil. Tapi adakah itu benar? Artikel ini jelaskan dengan ringkas dan jelas tentang timing, ovulasi, dan mitos yang sering buat pasangan stres.

“Dah bersama tiap malam pun belum lekat-lekat juga, doktor.”

Ini antara keluhan yang paling kerap kami dengar daripada pasangan TTC. Bila usaha belum berjaya, ramai jadi keliru: cukup ke tak kekerapan bersama? Salah timing ke? Atau sperma isteri tak ‘sambut’ ke?

Hakikatnya, untuk hamil bukan tentang kuantiti sahaja. Ada waktu yang lebih ‘subur’, dan ada strategi yang lebih tepat.


1. Bila Masa Terbaik Untuk Bersama?
Peluang kehamilan paling tinggi berlaku dalam waktu subur, iaitu sekitar 5 hari sebelum ovulasi hingga 1 hari selepas ovulasi. Jadi, kenal pasti ovulasi dulu.

Tanda ovulasi termasuk:

  • Lendir serviks jadi jernih dan licin

  • Sedikit sakit atau rasa sengal di bahagian bawah abdomen

  • Peningkatan suhu badan basal

  • Guna ovulation kit pun boleh bantu

2. Perlu Bersama Setiap Hari ke?
Tak perlu. Malah, bersama setiap dua hari sekali semasa minggu subur dah cukup baik. Ini beri masa untuk sperma jadi matang semula dan maintain kualiti.

Contoh:
Kalau ovulasi dijangka pada 14hb, boleh bersama pada 10, 12, dan 14hb.

3. Sperma Hidup Berapa Lama?
Sperma boleh hidup 3–5 hari dalam tubuh wanita, jadi tak perlu tunggu waktu ovulasi betul-betul untuk bersama. Sebaliknya, pastikan ada sperma ready tunggu dalam sistem bila telur dilepaskan.

4. Bila Dah Terlalu Kerap, Boleh Jejas Sperma?
Ya, ejakulasi setiap hari boleh kurangkan bilangan sperma jika dilakukan terlalu kerap tanpa waktu rehat. Balance penting.

5. Stress Pun Main Peranan
Terlalu fokus pada ‘timing’ kadang boleh buat pasangan rasa tertekan dan mengurangkan keintiman. Fokus pada kualiti hubungan juga penting, bukan hanya jadual.


Penutup

Jadi, bukan kuantiti tapi strategi. Kenal waktu subur, atur jadual bersama, dan jaga hubungan emosi suami isteri. Itu lebih penting daripada cuba ‘setiap hari’.

Kalau dah cuba semua tapi masih belum lekat, mungkin masa sesuai untuk jumpa doktor dan buat saringan awal.💜

0 comments

Sign upor login to leave a comment