• May 1, 2025

Perfume dan Gangguan Hormon: Apa Kaitan dengan Kesuburan Wanita dan Lelaki?

  • Dr. Salleha Khalid
  • 0 comments

Kebanyakan kita tak fikir panjang bila sembur perfume setiap hari—tapi tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dalam pewangi boleh memberi kesan kepada hormon, dan seterusnya kesuburan? Artikel ini terangkan bagaimana bahan seperti phthalates boleh mengganggu sistem endokrin, dan langkah praktikal yang boleh diambil oleh pasangan TTC.

Bagi ramai pasangan yang sedang TTC, fokus utama biasanya adalah pada diet, berat badan dan rawatan perubatan. Tapi ada satu lagi faktor harian yang jarang diberi perhatian — penggunaan pewangi atau perfume.

Tak kiralah sama ada dalam bentuk semburan badan, losyen, pewangi bilik atau pelembut pakaian, ramai tak sedar bahawa bahan kimia tertentu dalam produk ini boleh bertindak sebagai pengganggu hormon (endocrine disruptors).


Apa yang Ada dalam Pewangi?

Kebanyakan perfume mengandungi phthalates, sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memanjangkan bau dan membantu produk melekat lebih lama pada kulit atau fabrik.

Masalahnya, phthalates telah dikaitkan dengan gangguan pada sistem hormon, yang boleh memberi kesan kepada:

  • Kitaran haid wanita

  • Kualiti sperma lelaki

  • Keseimbangan hormon seperti estrogen dan testosteron

  • Risiko gangguan ovulasi atau penghasilan sperma


Bukti Sains: Apa yang Kita Tahu?

Kajian dari Environmental Health Perspectives (2012) mendapati bahawa pendedahan tinggi kepada phthalates boleh menyebabkan tahap testosteron yang lebih rendah dalam lelaki dan wanita dewasa.

Kajian lain dari Fertility and Sterility (2015) pula menunjukkan bahawa wanita dengan kandungan phthalates tinggi dalam urin mereka mengalami pengurangan kadar kejayaan IVF.

Pendedahan ini boleh datang dari pelbagai sumber, termasuk:

  • Perfume harian

  • Produk penjagaan badan yang berpewangi

  • Pewangi udara

  • Produk cucian pakaian

Tapi Bau Harum Penting, Kan?

Memang betul — siapa tak suka bau wangi, kan? Tapi bila sedang TTC, anda boleh pilih untuk lebih selektif dan bijak dengan:

  • Guna produk tanpa pewangi sintetik (label "fragrance-free" atau "phthalate-free")

  • Kurangkan semburan terus pada kulit

  • Elakkan pelembut fabrik yang kuat baunya

  • Pilih minyak pati semula jadi sebagai alternatif

Langkah-langkah kecil ini boleh bantu kurangkan pendedahan kumulatif kepada bahan kimia pengganggu hormon.


Jadi, Perlu Risau?

Kalau anda TTC, tak perlu panik, tapi perlu ambil peduli.

Penggunaan perfume sekali-sekala mungkin tak bahaya, tapi jika anda juga guna banyak produk berbau lain dalam rutin harian, kesan gabungan itu yang boleh jadi isu.

Ingat — hormon sangat sensitif kepada persekitaran, dan hormon yang seimbang sangat penting untuk:

  • Ovulasi yang normal

  • Sperma yang sihat

  • Keseimbangan antara estrogen dan progesteron


Langkah Sederhana Tapi Efektif:

  1. Semak label produk harian anda. Pilih yang tiada “fragrance” atau dinyatakan “phthalate-free”.

  2. Guna minyak pati atau essential oils semulajadi. Tapi ingat, tak semua sesuai untuk TTC, jadi guna dengan berhati-hati.

  3. Kurangkan penggunaan pewangi dalam ruang tertutup (contoh: bilik tidur, kereta).

  4. Fokus pada gaya hidup menyokong hormon. Ini termasuk pemakanan, tidur, senaman dan pengurusan stres.


Langkah Kecil Tapi Bermakna

Kadang-kadang kita terlalu fokus pada rawatan besar sampai terlupa bahawa benda kecil dalam rutin harian pun boleh beri impak pada kesuburan.

Perfume, losyen wangi, pelembut pakaian — semuanya nampak remeh, tapi bila digunakan setiap hari, ia boleh menyumbang kepada gangguan hormon secara perlahan-lahan.

Sebagai doktor yang selalu bersama pasangan TTC, saya percaya setiap perubahan kecil yang kita buat boleh membawa kesan positif, asalkan kita faham sebabnya.

Kalau anda sedang cuba untuk hamil, cubalah lihat semula produk harian anda. Mungkin inilah salah satu langkah kecil yang bantu mendekatkan anda kepada impian besar.💜

0 comments

Sign upor login to leave a comment