• May 15, 2025

Perjalanan IVF: Apa Anda Perlu Tahu? Step-by-Step

  • Dr. Salleha Khalid
  • 0 comments

IVF bukan sekadar satu prosedur — ia adalah satu perjalanan emosi, fizikal dan mental untuk pasangan TTC. Artikel ini kongsikan secara ringkas apa yang boleh dijangka sepanjang rawatan IVF, termasuk perbezaan antara fresh dan frozen embryo transfer, serta berapa lama keseluruhan proses biasanya mengambil masa.

Bila doktor sarankan IVF, ramai pasangan rasa bercampur baur. Ada harapan, tapi juga banyak persoalan. Berapa lama proses ini? Sakit tak? Bila boleh tahu keputusan? Artikel ini bantu anda faham apa yang berlaku dalam satu kitaran IVF, dari awal hingga akhir — termasuk fresh dan frozen embryo transfer.

1. Persediaan Awal

Sebelum IVF bermula, biasanya doktor akan buat beberapa ujian penting:

  • Ujian hormon dan darah

  • Ultrasound rahim dan ovari

  • Analisis sperma suami

  • Rawatan persediaan (jika perlu), seperti antibiotik atau ubat hormon

Tempoh ini boleh ambil masa 2 hingga 4 minggu, bergantung pada kitaran haid dan keputusan ujian.

2. Stimulasi Ovari

Rawatan IVF biasanya bermula pada hari ke-2 atau ke-3 haid dengan suntikan hormon setiap hari untuk merangsang penghasilan lebih banyak telur. Ini berlangsung selama 8–12 hari.

Sepanjang tempoh ini, anda akan dipantau secara berkala melalui TVS untuk lihat perkembangan telur. Bila saiz telur cukup matang, suntikan "trigger" akan diberi untuk persiapan prosedur seterusnya.

3. Pengambilan Telur (Oocyte Retrieval)

Lebih kurang 34–36 jam selepas suntikan trigger, prosedur pengambilan telur dilakukan. Prosedur ini pendek (10–15 minit), dijalankan di bawah sedasi ringan dan tidak menyakitkan.

Pada hari yang sama, sperma juga akan diambil dan disediakan untuk persenyawaan di makmal.

4. Persenyawaan dan Pemantauan Embrio

Telur yang berjaya diambil akan dicampurkan dengan sperma (IVF atau ICSI), dan disimpan dalam inkubator. Selepas 3–5 hari, embriologis akan nilai kualiti embrio yang terbentuk.

Di sinilah dua laluan boleh berlaku — fresh transfer atau frozen transfer.


Fresh Embryo Transfer: Apa Anda Perlu Tahu?

Jika rahim berada dalam keadaan optimum dan tidak ada risiko overstimulasi, salah satu embrio akan dipindahkan ke dalam rahim dalam 3–5 hari selepas pengambilan telur. Ini dipanggil fresh embryo transfer.

Kelebihan:

  • Proses lebih cepat (semuanya dalam satu kitaran)

  • Kurang masa menunggu

Kekurangan:

  • Tak semua wanita sesuai untuk fresh transfer, terutamanya jika rahim perlukan masa untuk kembali stabil selepas stimulasi hormon


Frozen Embryo Transfer (FET): Bila dan Kenapa?

Dalam banyak kes, embrio akan dibekukan dahulu dan dipindahkan kemudian bila keadaan rahim lebih tenang. Ini dipanggil frozen embryo transfer atau FET.

Kelebihan:

  • Memberi masa untuk tubuh pulih

  • Kadar kejayaan boleh jadi lebih tinggi jika rahim lebih stabil

  • Boleh dipilih jika ada risiko OHSS (ovarian hyperstimulation syndrome)

Kekurangan:

  • Perlu tunggu satu lagi kitaran untuk proses pemindahan

  • Emosi pasangan mungkin diuji kerana ada tambahan masa menunggu 😔


Bila Boleh Tahu Keputusan?

Selepas embrio dipindahkan, anda akan mulakan ubat sokongan hormon seperti progesteron. Ujian darah hCG untuk sahkan kehamilan biasanya dilakukan 10–14 hari selepas transfer.

Ini dikenali sebagai 2WW atau two-week wait — tempoh yang paling mendebarkan dalam keseluruhan perjalanan IVF.


Kesimpulan: IVF adalah Maraton, Bukan Sprint

Dari mula hingga selesai (termasuk frozen transfer), proses IVF boleh ambil masa 6 hingga 10 minggu — kadang-kadang lebih, bergantung pada situasi perubatan dan respon tubuh badan wanita tersebut.

Bukan semua pasangan akan ikut laluan yang sama. Ada yang sesuai dengan fresh transfer, ada yang perlukan FET. Apa pun, setiap langkah dirancang untuk beri peluang terbaik untuk kehamilan yang berjaya.

Jika anda sedang TTC dan sedang pertimbangkan IVF, penting untuk dapat maklumat yang jelas dan bimbingan yang berterusan. IVF mungkin nampak rumit, tapi dengan pemahaman yang betul, ia boleh jadi pengalaman yang lebih terkawal dan bermakna buat. You can do this!💜

0 comments

Sign upor login to leave a comment