- May 6
Rawatan IVF Sakit Tak? Ini Yang Pasangan Perlu Tahu Sebelum Mulakan IVF
- Dr. Salleha Khalid
- 0 comments
“Doktor… rawatan IVF sakit tak sebenarnya?”
Ini antara soalan paling common yang pasangan akan tanya sebelum memulakan rawatan IVF.
Ramai bayangkan IVF sebagai proses yang sangat sakit, susah dan menakutkan.
Tapi sebenarnya, kebanyakan prosedur IVF hanya menyebabkan rasa tidak selesa ringan hingga sederhana — dan ramai pesakit masih boleh tolerate dengan baik.
Yang lebih penat selalunya bukan sakit fizikal… tetapi emosi dan overthinking sepanjang perjalanan TTC
Apa Itu Rawatan IVF?
IVF atau In Vitro Fertilization ialah rawatan kesuburan di mana:
telur diambil dari ovari
disenyawakan dengan sperma di makmal
kemudian embrio dimasukkan semula ke dalam rahim
Rawatan IVF biasanya melibatkan:
suntikan hormon
ultrasound scan berkala
prosedur egg pick up (OPU)
embryo transfer
Disebabkan ada beberapa prosedur terlibat, ramai tertanya-tanya sama ada proses IVF menyakitkan atau tidak.
Suntikan IVF Sakit Tak?
Bagi ramai wanita, ini sebenarnya bahagian yang paling ditakuti sebelum mula IVF
Tetapi kebanyakan suntikan IVF menggunakan jarum yang sangat halus, lebih kurang seperti jarum insulin.
Biasanya pesakit akan rasa:
sedikit pedih
rasa tegang
lebam kecil pada tempat suntikan
Ramai pesakit akhirnya akan cakap:
“Rupanya tak sesakit yang saya bayangkan.”
Awal-awal mungkin rasa takut nak cucuk sendiri… tetapi lama-kelamaan ramai jadi biasa.
Scan IVF (TVS) Sakit Tak?
Semasa rawatan IVF, doktor perlu buat transvaginal scan (TVS) beberapa kali untuk monitor perkembangan telur.
Kebanyakan wanita hanya rasa:
sedikit tidak selesa
rasa pressure
kurang selesa jika terlalu tegang atau anxious
Biasanya scan dibuat sekejap sahaja.
Kalau pesakit ada sejarah vaginismus, anxiety atau pengalaman sakit sebelum ini, doktor biasanya akan cuba lakukan scan dengan lebih gentle dan perlahan.
Egg Pick Up IVF Sakit Tak?
Egg Pick Up (OPU) ialah prosedur mengambil telur dari ovari.
Ini juga salah satu bahagian yang paling ramai takut.
Tetapi prosedur biasanya dibuat menggunakan sedation atau ubat bius ringan.
Semasa prosedur:
ramai pesakit tidur
atau separuh sedar
dan tidak rasa sakit semasa telur diambil
Selepas prosedur pula, sesetengah wanita mungkin rasa:
cramp ringan
perut kembung
rasa sengal 1–2 hari
Kebanyakan pesakit masih boleh berjalan dan berehat di rumah selepas prosedur selesai.
Embryo Transfer Sakit Tak?
Embryo transfer biasanya prosedur yang paling cepat dan paling kurang sakit dalam IVF.
Ramai pesakit terkejut sebab prosesnya sangat cepat.
Kadang-kadang rasa kurang selesa datang daripada:
pundi kencing penuh
rasa nervous
posisi semasa prosedur
Tetapi secara umum, embryo transfer selalunya tidak menyakitkan.
Berapa Lama Sakit Selepas IVF?
Kebanyakan ketidakselesaan selepas IVF hanya sementara.
Biasanya pesakit mungkin rasa:
kembung
cramp ringan
cepat penat
emosi sedikit terganggu akibat hormon
Simptom ini biasanya beransur baik dalam beberapa hari.
Tetapi jika ada:
sakit teruk
sesak nafas
perut terlalu buncit
muntah berterusan
pesakit perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Yang Lebih Mencabar Selalunya Emosi, Bukan Sakit Fizikal
Ramai pasangan masuk IVF dengan:
rasa takut
tekanan keluarga
overthinking
takut gagal
Sebab itu support system sangat penting.
Kadang-kadang pesakit bukan perlukan doktor yang “perfect”…
tetapi doktor yang boleh buat mereka rasa lebih tenang sepanjang proses ini.
Jadi, Rawatan IVF Sakit Tak?
Jawapan jujurnya:
Ya, ada beberapa proses yang mungkin rasa tidak selesa.
Tetapi bagi kebanyakan wanita, IVF bukanlah sesakit yang mereka bayangkan sebelum mula rawatan.
Namun, ramai pesakit akhirnya akan cakap:
“Kalau tahu macam ni je… saya dah buat awal dah.”