• Feb 6, 2024

Pemeriksaan Kesuburan: 3 Ujian Asas yang Penting untuk Pasangan TTC

  • Dr. Salleha Khalid
  • 0 comments

Pasangan boleh hadir untuk konsultasi pertama pada bila-bila masa. Kebiasaannya, semua ujian akan dijalankan pada hari yang sama. Namun begitu, keputusan ujian mungkin mengambil masa beberapa hari dan doktor akan berbincang semula dengan pasangan setelah semua keputusan diperoleh untuk merancang rawatan yang paling sesuai.

Ramai pasangan yang datang ke klinik akan tanya: “Doktor, kena buat check-up apa dulu sebelum rawatan kesuburan?”

Jawapannya—jangan risau, kita akan mulakan dengan pemeriksaan asas yang mudah dan tidak menyakitkan. Tujuannya adalah untuk dapatkan gambaran menyeluruh tentang tahap kesuburan anda berdua.

Biasanya, semua ujian boleh dijalankan pada hari yang sama, dan keputusan akan dibincangkan semula bersama doktor untuk merancang langkah seterusnya.


1. Imbasan Ultrasound Transvaginal (TVS)

Ini scan yang biasa kita buat untuk isteri. Tak perlu tunggu hari ke-2 atau ke-14 kitaran—boleh je bila-bila masa, haid atau tidak.

Scan ni ambil masa dalam 10 minit sahaja. Sakit ke? Tak lah. Tapi ya, mungkin rasa sedikit tidak selesa atau senak. Macam perasaan bila lapar tapi tahan kentut 😅

Melalui TVS, kita boleh lihat keadaan rahim, lapisan endometrium dan ovari. Ini penting untuk kesan awal jika ada fibroid, cyst, PCOS atau masalah lain yang boleh ganggu peluang hamil.


2. Ujian Hormon AMH

AMH ni kira macam ‘cermin’ untuk tengok rizab telur yang masih ada dalam ovari. Bukan semua orang tahu, tapi wanita lahir dengan jumlah telur yang tetap—dan ia akan makin kurang setiap tahun.

So kalau tahap AMH rendah, mungkin kita perlu rancang rawatan lebih cepat. Tapi jangan risau, rendah tak semestinya tiada harapan—yang penting kita tahu lebih awal.


3. Analisis Sperma

Yes, ini pun penting. Bukan salah isteri je bila lambat dapat anak, kan? Kita nak tengok bilangan sperma, bentuk (morfologi), dan pergerakan (motility).

Untuk ujian ni, suami perlu ‘puasa’ ejakulasi selama 3–5 hari sebelum sampel diambil. Tapi jangan lebih dari itu ya, sebab sperma pun ada shelf life dia! Dapatkan info lanjut di sini - Sperm Test untuk TTC: Apa Perlu Tahu Sebelum & Selepas Pemeriksaan.


Kesimpulan

Tiga ujian asas ni sangat membantu kami sebagai doktor untuk faham punca sebenar dan susun rawatan yang paling sesuai untuk anda dan pasangan.

Jadi, kalau dah lama TTC dan belum ada rezeki, datang berdua dan buat pemeriksaan bersama. It's not just about the results, tapi juga tentang sokongan dan semangat yang dibawa bersama.

0 comments

Sign upor login to leave a comment