• Nov 19, 2025

Vaginal Rejuvenation: Siapa Perlukan dan Bagaimana Ia Berfungsi?

  • Dr. Salleha Khalid
  • 0 comments

Ramai wanita bukan sahaja di Malaysia akan betul-betul jaga semua bahagian badan seperti muka, rambut, kulit muka. Tetapi bahagian yang paling banyak mempengaruhi keyakinan dan hubungan suami isteri sering terabai, dilupakan. Vaginal rejuvenation bukan rawatan untuk kembali muda semula, tetapi ia membantu meningkatkan kelembapan, keselesaan dan fungsi, terutama selepas bersalin atau bila hormon berubah yang sering di salah anggap. Jom kita bincang!

Mengapa bahagian intim selalu ‘last priority’?

Kita sanggup buat facial setiap bulan, beli skincare berlapis-lapis, maintain rambut berjam-jam, bulu mata, kuku…
Tapi bila masuk bab keselesaan faraj, emm.. ramai wanita pilih untuk diam atau “takpelah tunggu dulu” bukannya nampak pun.

Tapi bukan sebab tak sayang diri. Namun selalunya lebih kepada:

  • segan,

  • tak tahu rawatan apa yang selamat,

  • rasa “alah biasa lah lepas bersalin”,

  • atau takut dianggap pelik.

Hakikatnya, kawasan intim juga berubah ikut usia, hormon, kehamilan, melahirkan anak dan gaya hidup.
Dan semua perubahan di sini memberi kesan terus kepada keyakinan, mood dan yang lebih penting hubungan suami isteri.


Jadi… apa sebenarnya vaginal rejuvenation?

Vaginal rejuvenation bukan satu rawatan khusus. Ia merangkumi beberapa pilihan yang membantu:

  • Meningkatkan kelembapan faraj

  • Mengurangkan rasa longgar selepas bersalin

  • Mengurangkan sakit semasa bersama

  • Menguatkan otot lantai pelvis

  • Menambah sensasi dan respon seksual

Ia bukan pembedahan kosmetik yang ramai sangka. Banyak rawatan adalah non-invasive dan dibuat untuk tujuan kesihatan serta keselesaan.

Antara contoh rawatan yang biasa digunakan:

  • Eenergy-based treatment untuk rangsang kolagen dan improve lubrication

  • Pelvic floor therapy untuk kekuatan dan grip

  • Magnetic chair untuk bantu contraction otot lantai pelvis

  • PRP/O-Shot/exosome therapy untuk pembaikan tisu & sensasi

  • Hormon bila perlu (jika kekeringan disebabkan perubahan hormon)


Siapa yang biasanya perlukan rawatan ini?

Walaupun semua wanita boleh mempertimbangkan rawatan untuk keselesaan, kumpulan yang paling mendapat manfaat ialah:

1. Wanita selepas bersalin

Rasa longgar, kurang sensasi, atau perubahan fungsi lantai pelvis adalah sangat biasa.

2. Wanita yang mengalami kekeringan atau sakit bersama

Biasanya berlaku bila hormon berubah. Sama ada selepas bersalin, menyusu, stress, atau perimenopause.

3. Wanita yang hilang desire sebab discomfort

Kadang bukan sebab tak mahu bersama…
Cuma bila kering atau tak selesa, badan automatik megelak.

4. Wanita yang rasa hubungan makin jauh sebab isu intimasi

Ramai pasangan sebenarnya rindu intimacy, tetapi tak tahu bagaimana nak mula bincang.

5. Wanita yang nak maintain keselesaan bila usia meningkat

Sama seperti kita maintain muka supaya rasa segar, rawatan intimasi juga membantu kita age gracefully tanpa sakit, tanpa rasa diri sendiri dah ‘berubah sangat’.


Apa yang rawatan ini boleh (dan tak boleh) lakukan?

Ini bahagian paling penting untuk expectation yang sihat.

Rawatan boleh bantu:

  • tingkatkan kelembapan, comfort & lubrication

  • kurangkan sakit bersama

  • improve elasticity & tightness secara natural

  • kuatkan otot & grip

  • tambah keyakinan diri

  • bantu hubungan suami isteri rasa lebih rapat

Tapi rawatan tak boleh:

  • buat kita kembali seperti usia 18 tahun

  • tukar bentuk faraj 100 peratus

  • beri hasil kekal selamanya

  • jadikan kita ‘superwoman’ dalam satu sesi

Sama seperti skincare dan facial. Rawatan ini bantu kita maintain, perbaiki, dan rasa lebih selesa dengan badan sendiri.

Bukan untuk kembali muda. Tetapi untuk rasa baik sepanjang perjalanan hidup.


Mengapa rawatan perlu diulang?

Ini soalan yang ramai tanya.

Sama seperti kulit muka yang terus berubah setiap tahun, tisu faraj juga sentiasa dipengaruhi oleh:

  • hormon

  • umur

  • stress

  • kehamilan & menyusu

  • penyakit tertentu

  • gaya hidup

Jadi hasil rawatan biasanya bertahan, tapi bukan kekal. Maintenance membantu mengekalkan kesan agar tidak kembali ke keadaan awal.

Konsepnya sama macam:

  • facial bulanan

  • booster skin treatment

  • treatment rambut

  • rawatan laser muka, botox

Rawatan intimasi bukan ‘luxury’ ia self-care yang realistik yang ramai abaikan.


Adakah rawatan ini selamat?

Kebanyakan rawatan adalah selamat jika dibuat oleh doktor pakar yang kompeten dan menilai punca masalah dahulu.
Apa yang penting ialah:

  • dapat penilaian doktor pakar dalam bidang

  • tahu rawatan mana sesuai untuk keadaan yang dihadapi

  • faham expectation dan manfaat

  • elakkan tempat yang overclaim atau janji hasil yang mustahil


Kesimpulan yang paling penting

Bahagian intim bukan sesuatu yang perlu malu untuk dijaga.

Kalau kita boleh jaga semua bahagian badan lain, bukankah lebih penting untuk jaga bahagian yang memberi kesan kepada kesihatan, keyakinan, kebahagiaan dan hubungan?

Vaginal rejuvenation bukan untuk jadi muda kembali. Ia untuk rasa selesa, lebih yakin, dan lebih connected dalam hubungan suami isteri… pada setiap fasa kehidupan.

0 comments

Sign upor login to leave a comment