Klinik Femina

IOI Conezion Putrajaya

Penjagaan Kesihatan Intimasi Wanita Secara Menyeluruh, Selamat & Berprivasi

Di Femina Clinic, kami memahami bahawa kesihatan intimasi wanita bukan sekadar isu fizikal, tetapi juga melibatkan emosi, keyakinan diri dan kualiti hubungan.

Kami menawarkan penjagaan kesihatan wanita yang komprehensif dan penuh privasi, menggunakan rawatan berteknologi moden yang bukan invasif, dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan doktor dan pakar O&G wanita yang berpengalaman.

Setiap rawatan dirancang mengikut keperluan individu, berdasarkan keperluan, tahap keselesaan dan fasa kehidupan wanita, sama ada sebelum berkahwin, selepas bersalin, atau ketika perimenopaus dan menopaus.

Ms Suzi dari Clinic Femina sedia membantu.

Sexual Function & Intimacy

Fungsi Seksual dan Intimasi

Rawatan untuk membantu wanita kembali selesa, yakin dan menikmati hubungan intim tanpa rasa sakit atau tekanan.

  • Low libido (penurunan keinginan seksual)

  • Anorgasmia (sukar atau tidak mencapai orgasme)

  • Vaginismus (kekejangan otot faraj secara tidak sengaja)

  • Dyspareunia (sakit semasa hubungan intim)

  • Sexual dysfunction termasuk gangguan rangsangan dan keinginan

Pelvic & Vaginal Health

Kesihatan Pelvis & Faraj

Penjagaan menyeluruh untuk kesihatan faraj dan lantai pelvis, sama ada berkaitan usia, kelahiran anak atau perubahan hormon.

  • Kekeringan faraj dan vaginal atrophy

  • Kelonggaran faraj (vaginal laxity)

  • Genitourinary Syndrome of Menopause (GSM)

  • Pelvic organ prolapse

  • Masalah kencing tidak terkawal (urinary incontinence)

  • Sakit atau kelemahan lantai pelvis

  • Sakit belakang dan pelvis yang berkaitan dengan masalah pelvis

Hormonal & General Health

Hormon & Kesihatan Umum

Pengurusan hormon dan kesihatan dalaman wanita secara holistik.

  • Ketidakseimbangan hormon

  • Pengurusan perimenopaus dan menopaus

  • Kekurangan zat besi (iron deficiency), terutamanya akibat haid banyak atau kehilangan darah kronik

Infections & Screening

Jangkitan & Saringan

Saringan dan rawatan dengan pendekatan sensitif, sulit dan penuh privasi. Saringan jangkitan kelamin (STIs) termasuk:

  • HIV

  • Sifilis

  • Chlamydia

  • Gonorrhea

  • Trichomoniasis

  • Herpes

FAQ Femina Clinic

Frequently asked questions

Anda nak tahu? Kami jawab.

Apa itu Femina Clinic?

Femina Clinic ialah klinik kesihatan wanita di IOI Conezion, Putrajaya yang memberi tumpuan kepada intimasi dan kesihatan seksual wanita. Kami menyediakan rawatan perubatan yang menyeluruh untuk membantu wanita yang menghadapi cabaran seperti keinginan seksual berkurang, sakit ketika bersama, dan perubahan hormon selepas bersalin atau menopaus.

Apakah masalah yang dirawat di Femina Clinic?

Femina menawarkan rawatan menyeluruh dalam empat bidang utama:

1. Fungsi Seksual & Keintiman – membantu wanita yang mengalami keinginan seksual rendah, kesukaran mencapai orgasme, vaginismus, sakit semasa hubungan (dyspareunia), dan gangguan rangsangan atau keinginan.

2. Kesihatan Pelvik & Faraj – termasuk rawatan untuk kekeringan faraj, kelonggaran faraj, Genitourinary Syndrome of Menopause (GSM), prolaps organ pelvik, inkontinens urin, serta sakit atau kelemahan lantai pelvis.

3. Hormon & Kesihatan Umum – menilai dan merawat ketidakseimbangan hormon, simptom perimenopaus dan menopaus, serta kekurangan zat besi akibat haid berat.

4. Saringan & Jangkitan – saringan dan rawatan untuk jangkitan kelamin (STI) seperti HIV, Sifilis, Klamidia, Gonorea, Trikomoniasis, dan Herpes.

Siapa yang sesuai datang ke Femina Clinic?

Femina sesuai untuk semua wanita — bujang, berkahwin, selepas bersalin, atau menopaus — yang ingin memahami dan memperbaiki kesejahteraan seksual dan hormon mereka. Pasangan juga dialu-alukan sekiranya isu melibatkan hubungan intim bersama.

Perlu temujanji?

Ya. Temujanji awal membantu kami membuat persediaan dan mengelakkan masa menunggu yang panjang.

Perlu surat rujukan sebelum buat temujanji?

Tidak perlu. Anda boleh terus buat janji temu melalui laman web atau WhatsApp Femina Clinic.

Adakah normal jika hilang keinginan selepas kahwin, bersalin atau menopaus?

Ya, ia biasa berlaku — tetapi bukan sesuatu yang perlu diterima begitu sahaja. Perubahan hormon, tekanan, keletihan dan keadaan emosi boleh menjejaskan keinginan seksual. Di Femina, kami bantu mengenal pasti punca dan menawarkan rawatan keintiman wanita yang selamat serta berkesan.

Saya malu nak bincang hal intim. Adakah konsultasi dijalankan secara tertutup?

Ya. Semua sesi dijalankan secara sulit, profesional dan tanpa penghakiman, oleh doktor wanita yang memahami isu fizikal dan emosi berkaitan kesihatan seksual wanita.

Apa jenis rawatan ditawarkan di Femina?

Rawatan disesuaikan mengikut punca dan keperluan individu. Antara rawatan yang kami tawarkan:
• Penilaian dan rawatan hormon
• Terapi regeneratif tanpa pembedahan
• Pemulihan fungsi seksual dan otot pelvis
• Kaunseling dan bimbingan hubungan intim
• Ubat atau suntikan bagi keinginan seksual (jika sesuai secara klinikal)
• Program kesedaran dan pendidikan pasangan

Adakah anda tawarkan rawatan hormon?

Ya. Kami menawarkan penilaian dan rawatan hormon wanita bagi membantu keseimbangan hormon, tenaga dan kesihatan seksual yang lebih baik.

Apa berlaku semasa sesi pertama?

Konsultasi pertama biasanya melibatkan perbincangan mendalam mengenai simptom, gaya hidup dan keadaan emosi. Jika perlu, doktor akan lakukan pemeriksaan atau ujian lanjut, dan menerangkan pilihan rawatan yang sesuai.

Berapa lama sesi berlangsung?

Biasanya sekitar 30 minit, bergantung pada keperluan individu.

Femina Clinic hanya untuk wanita berkahwin ke?

Tidak. Femina terbuka kepada semua wanita, sama ada bujang, berkahwin, selepas bersalin atau menopaus — yang ingin memahami tubuh, hormon dan kesihatan seksual mereka dengan lebih mendalam.

Adakah rawatan ini estetik?

Tidak. Pendekatan kami berasaskan perubatan dan bukti klinikal, bukan kecantikan luaran. Fokus kami ialah fungsi, keselesaan dan keyakinan wanita.

Apa beza Femina Clinic dengan klinik GP dan klinik estetik wanita?

GP biasanya memberi rawatan untuk isu kesihatan umum seperti batuk, demam dan pemeriksaan antenatal. Klinik estetik pula fokus kepada penampilan luaran seperti kulit dan bentuk badan. Femina menumpukan kepada fungsi dalaman, kesihatan seksual dan kesejahteraan hormon wanita, supaya anda dapat menikmati hubungan intim yang sihat dan selesa.

Adakah anda tawarkan “vaginal rejuvenation”?

Kami menawarkan terapi regeneratif sekiranya terdapat indikasi perubatan yang jelas. Tujuan rawatan ialah untuk meningkatkan keselesaan dan keintiman, bukan sekadar untuk kecantikan.

Adakah anda tawarkan “O-Shot”?

Kami hanya gunakan terapi tertentu bagi membantu pasangan meningkatkan keintiman dan fungsi seksual, sekiranya rawatan tersebut sesuai dan diperlukan secara klinikal.

Lokasi