Pemeriksaan Kesihatan Wanita

Femina Specialist Clinic • IOI Putrajaya

Pemeriksaan membantu kami mengenal pasti punca simptom, memahami keadaan dan keperluan kesihatan setiap wanita.

Konsultasi Kesihatan Wanita

Sesi konsultasi akan menilai masalah utama yang dihadapi oleh wanita, termasuk perubahan kitaran haid, simptom menopaus, kesihatan seksual, masalah pundi kencing serta sejarah perubatan dan pembedahan yang berkaitan. Pemeriksaan ini membantu mengenal pasti punca masalah dan menentukan sama ada pemeriksaan lanjut atau rawatan diperlukan.

Pemeriksaan Hormon

Pemeriksaan hormon dilakukan apabila diperlukan bagi membantu mengenal pasti punca masalah seperti haid tidak teratur, menopaus, penurunan nafsu seks, gejala hormon yang tidak seimbang atau gangguan hormon yang lain. Keputusan ujian ini membantu menentukan rawatan yang paling sesuai mengikut keadaan setiap wanita.

Pemeriksaan Pap Smear & HPV

Pemeriksaan Pap Smear dan HPV dilakukan untuk mengesan perubahan awal pada pangkal rahim (serviks) sebelum ia berkembang menjadi kanser serviks. Pemeriksaan berkala adalah penting terutamanya bagi wanita yang telah aktif secara seksual dan membantu memastikan sebarang perubahan dapat dikesan serta dirawat pada peringkat awal.

Pemeriksaan STI

Pemeriksaan jangkitan kelamin (STI) membantu mengesan jangkitan seperti chlamydia, gonorea, sifilis, HIV dan lain-lain jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan reproduktif wanita. Pemeriksaan ini disyorkan bagi wanita yang mempunyai simptom, pasangan baharu atau faktor risiko tertentu supaya rawatan dapat diberikan dengan segera jika diperlukan.

Pemeriksaan TVS (Ultrasound Transvaginal)

Pemeriksaan ultrasound ginekologi menggunakan imbasan bunyi untuk menilai keadaan rahim, ovari dan organ pelvis wanita. Ia membantu mengenal pasti masalah seperti cyst ovari, fibroid, adenomyosis, endometriosis, penebalan lapisan rahim serta punca pendarahan yang tidak normal atau sakit pelvis.

Rawatan Kesihatan Wanita

Berdasarkan keputusan pemeriksaan, kami akan mencadangkan pilihan rawatan yang paling sesuai untuk meningkatkan keselesaan, keyakinan diri dan kualiti hidup wanita.