Anda sedang berusaha mendapatkan zuriat namun berhadapan dengan ketidakpastian, kekeliruan, malu atau mungkin segan? Perjalanan untuk hamil adalah mencabar buat sesetengah pasangan, maka saya membuka ruang ini bagi membimbing dan menyokong pasangan secara one-to-one di atas talian.
Sesi bimbingan ini disesuaikan untuk pasangan TTC yang:
Tidak pasti bagaimana untuk memulakan langkah TTC
Vaginismus, sakit atau tidak selesa untuk bersama
Terlalu malu untuk bertanya
Tidak tahu di mana untuk mendapatkan bantuan
Tidak pasti bila perlu jumpa doktor
Tidak mempunyai akses kepada maklumat yang tepat
Harap maklum bahawa sesi coaching TTC ini bukanlah pengganti konsultasi kesihatan dengan doktor. Sila berunding dengan doktor pakar fertiliti anda untuk cadangan perubatan yang khusus untuk anda dan pasangan.
Program bimbingan TTC coaching ini bertujuan untuk melengkap dan bukannya menggantikan khidmat konsultasi dan pemeriksaan kesihatan.
Sesi one-to-one TTC coaching selama 30-minit bersama Dr Salleha ini dijalankan secara online melalui pautan Google Meet.
Sesi terhad ini dijalankan setiap Isnin-Jumaat pada jam 4 petang, tertakluk kepada kekosongan.
Butiran tarikh slot akan dipamerkan untuk pemilihan selepas tempahan dan pembayaran berjaya dilakukan.
Tech support
Hubungi kami untuk urusan pembayaran dan tempahan.