Jom Get Online

Untuk membantu lebih ramai wanita dan pasangan TTC memulakan langkah pertama, kami menyediakan beberapa siri kursus online yang boleh diikuti pada bila-bila masa, terutamanya bagi mereka yang tinggal jauh atau belum bersedia untuk berjumpa doktor.

  • Free

Jom Start Rawatan

  • Course
  • 6 Lessons

Jom Start Rawatan merupakan modul online yang dibangunkan bagi menerangkan secara ringkas tentang rawatan kesuburan (management of subfertility). Bermula dari ujian saringan, rawatan clomid, rawatan IUI dan rawatan IVF semuanya diterangkan melalui video dan gambarajah. Ikuti modul selama 15 minit ini bagi mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai rawatan kesuburan.

  • RM55

Jom Get Pregnant!

  • Course
  • 33 Lessons

Segala yang perlu diketahui untuk tingkatkan peluang hamil: Jom Get Pregnant! Merupakan modul yang dibina khas bagi membantu TTC memahami dan memulakan langkah bagi mendapatkan zuriat. Dari telur dan sperma, kitaran haid dan waktu subur, hingga mendapatkan bantuan doktor semuanya dibincang secara terperinci melalui gambarajah dan video berdurasi lebih 1 jam.

  • RM45

Jom Start Clomid

  • Course
  • 21 Lessons

Merupakan modul yang dibina khas bagi membantu TTC memahami tentang clomid. Dari Bagaimana ia bertindak, cara pengambilan clomid, side effects clomid dan letrozole semuanya dibincang secara terperinci melalui gambarajah dan video.

  • RM125

Jom Rawat Vaginismus

  • Course
  • 52 Lessons

Jom Rawat Vaginismus: Pendekatan Kolaboratif Pakar Ginekologi dan Psikologi. Kursus ini menggabungkan kepakaran Dr. Salleha, pakar ginekologi dan Prof. Dr. Firdaus, pakar psikologi klinikal bagi menawarkan pelan rawatan komprehensif vaginismus. Dalami pandangan perubatan, faktor, rawatan, teknik terapi fizikal dan strategi sokongan emosi yang ada bagi membantu mengatasi vaginismus.

  • RM45

IUI: Apa Yang Perlu Anda Tahu

  • Course
  • 13 Lessons

Rakaman Webinar Online 5 Ogos 2025 khas untuk pasangan TTC. Sesi Zoom membincangkan topik IUI, diantaranya: 1. Apa itu IUI? 2. Siapakah Pasangan Yang Memerlukan IUI? 3. Bagaimana IUI dimulakan? 4. Apa Yang Berlaku Pada Hari IUI? 5. Apakah Faktor Kejayaan IUI? 6. Mengapa IUI Tidak Berjaya? 7. Apakah Isunya dengan IUI? dan sesi soal jawab bersama TTC.

  • RM105

Vaginismus Webinar 2024 (Live Zoom Recording)

  • Course
  • 9 Lessons

Ikuti rakaman Zoom Webinar Vaginismus 2024. Dr. Salleha Khalid - Betul ke Saya Ada Vaginismus Doc? Ms. Aleeza Hanee - Rehabilitasi Otot Lantai Pelvis Untuk Vaginimus Dr. Vaishini - Bagaimana Dilatasi Vaginismus di Jalankan di Klinik Prof. Dr. Firdaus Mukhtar - CBT: Maaf Saya Belum Cukup Sempurna Slaid pembentangan dalam format PDF disertakan untuk setiap topik perbincangan.

  • RM150

Let’s Talk About Seks (Live Zoom Recording)

  • Course
  • 5 Lessons

Let’s Talk About Seks: Memecah Tembok Malu & Mitos Diskusi santai & sopan secara online - dari wanita untuk wanita sempena Hari Ibu. Bersama Dr Salleha Khalid & Sarah Zainal Puteh (Kaunselor Berdaftar - Syoknya Kaunseling)

  • RM45

Jom Get Pregnant for Beginners (Live Zoom Recording)

  • Course
  • 15 Lessons

Sesi live sempena Fertility Awareness Month bulan Jun 2025 bersama: 1. Dr Salleha Khalid - Kesuburan & Ujian Kesuburan 2. Dr. Noor Shaheeran - Apa itu IUI? 3. Dr Norazlin Rosli​ - Selok Belok IVF 4. Ms Punitha Mahendran (Embryologist) - From Oocyte to Embryo: The Journey 5. Mrs Nurulfathiah (Senior Nurse) - 5+2 Common Mistakes 6. Siti Maizatul (Patient Support) - KWSP & Rawatan Kesuburan dan sesi soal jawab (Q&A)

Sumber Online

Kami juga menyediakan sumber yang boleh dimuat turun.

  • Free

Doa Amalan

  • Download
  • 1 file

Koleksi Doa Yang Boleh Diamalkan Oleh Pasangan Yang Sedang Berusaha Untuk Mendapatkan Anak. Terdiri dari Al-Furqan: 74, Ali Imran: 38, As Saffat: 100, Al Anbiya: 86, Maryam: 1-6 dan Sayyidul Istighfar.

  • Free

Koleksi Potongan Ayat Al-Quran Buat Hati Yang Merindui

  • Download
  • 1 file

Al-Quran adalah kitab suci yang mengandungi panduan dalam semua aspek kehidupan, termasuk kerohanian dan pembangunan peribadi. Ayat dalam koleksi ini dipilih secara spesifik bagi memberi inspirasi serta bertujuan untuk membantu kita semua dan pasangan TTC secara khususnya bagi memupuk hubungan yang lebih mendalam dan bermakna dengan Al-Quran.

  • Free

Diari Perjalanan IVF

  • Download
  • 1 file

Diari IVF ialah jurnal peribadi atau buku log khusus untuk pasangan ttc mencatat perjalanan IVF yang dilalui. Ia menyediakan platform bagi pasangan mendokumentasikan perasaan dan pengalaman mereka dalam mengharungi proses IVF, seperti pengambilan telur, pemindahan embrio, dan implantasi. Diari IVF boleh membantu pasangan secara terapeutik dalam meluahkan perasaan dan harapan yang terpendam.

  • Free

Kisah Hikayat

  • Download
  • 1 file

Hikayat pengembaraan menceritakan pengalaman yang dilalui Laksamana Sperma dalam usaha mencari Sang Puteri Telur melalui kaedah penceritaan yang mudah dan bersahaja.