Dr. Salleha Khalid

Dr. Salleha Khalid

Pakar Fertiliti & Ginekologi

Saya bantu pasangan capai impian hamil & bina keluarga melalui konsultasi, clomid, IUI dan IVF di Pusat Pakar Kesuburan Sophea @ Bangi.

Saya turut bantu wanita yang mengalami isu kesihatan seksual melalui rawatan berteknologi bukan invasif di Klinik Pakar Kesihatan Seksual Femina Putrajaya.

WhatsApp Dr. Salleha
Pusat Pakar Kesuburan Sophea @ Bangi

Pusat Pakar Kesuburan

Sophea @ Bangi

Seksyen 15 Bangi

Sebuah Pusat Pakar Kesuburan di Bandar Baru Bangi yang menawarkan penjagaan kesuburan menyeluruh dalam persekitaran yang mesra wanita dan penuh sokongan. Dilengkapi dengan Teknologi Reproduksi Berbantu (Assisted Reproductive Technologies, ART) terkini, Sophea menyediakan ujian saringan kesuburan serta rawatan yang merangkumi clomid, IUI, IVF dan PGT, semuanya di bawah satu bumbung.

Klinik Pakar Kesihatan Intimasi Wanita

Femina

IOI Putrajaya

Sebuah klinik pakar yang menyediakan rawatan kesihatan intimasi wanita secara komprehensif, berasaskan pendekatan perubatan yang selamat dan penuh privasi. Kami membantu wanita yang mengalami isu seperti kurang keinginan seksual, kehilangan sensasi, kekeringan dan kelonggaran faraj, masalah terkucil, rahim jatuh, hormon, vaginismus serta jangkitan kelamin.

Blog Highlight

Hormone Therapy untuk Wanita:

Estrogen, Progesterone & Testosterone Bantu Kualiti Hidup

Ramai wanita rasa penat, mood swing atau libido menurun tapi tak sedar ini boleh berkait dengan hormon. Artikel ini kupas bagaimana rawatan hormon estrogen, progesterone dan testosterone boleh meningkatkan kualiti hidup wanita, mengapa ramai masih ragu, dan kenapa ia perlu dipantau doktor yang terlatih.

Kisah Kami

Antara feedback positif yang telah dikongsi pasangan TTC. Tekan link untuk ulasan penuh di media sosial.

"Alkisah 1 hari, encik suami nekad untuk jumpa pakar, Alhamdulillah dpt jumpa klinik ni @sophea_fertility dan Dr kami @drsallehakhalid , soft-spoken and jelas sgt penerangan Dr🥰.. Dr byk terang dlm bahasa perubatan, tp klu tak faham, tanya je, Dr faham nnt dia terangkan dlm bhs mudah gittew.."

Pn. Rosma

Instagram

"First visit here rasa welcoming. Semua staff tmasuk frontdesk sangat peramah and buatkan kita rasa selesa. Met Dr Salleha, very soft spoken. Check up pun dilakukan dgn sangat menjaga dan sopan. Overall puas hati with the service. And looking forward for next meet up."

Pn. Sheila

Google

"Hari penentuan sebab kene ambik darah untuk cek Beta Hcg. Selang 2 jam lepas ambik darah, Doktor Salleha panggil masuk bilik. Bacaan Beta 500+ !. Terus wife menangis. Lantak tak segan dah sebab banyak kali duk menangis depan Doktor Salleha sebelum ni..."

En. Mukaram

Facebook

Blog

Catatan ringkas buat TTC merangkumi berbagai topik berkaitan dari tips hingga rawatan kesuburan.

Ujian

Ujian kesuburan komprehensif merangkumi AMH, TVS, Sperma, Tiub Fallopion, Ginetik (PGT-A/ PGT-M) dan konsultasi.

Rawatan

Rawatan kesuburan untuk TTC seperti Clomid/ Letrozole, IUI, IVF dan Vaginismus.

For TTC

Sumber e-book percuma serta siri kursus online berkaitan kehamilan, clomid, vaginismus dan TTC coaching.

For Doctors

Program untuk rakan doktor. Case-based dicussion secara online serta rakaman dan TVS and Fertility Training Program di Sophea Bangi.

Produk

Produk khusus untuk membantu TTC. Vaginal Dilators, Vaginal Hyal Gel dan Femmetol.

About

Dilahirkan di kampung Batu 9 Hulu Langat, Selangor - dalam kereta di bawah pokok rambutan🌳.

FAQ

10 Soalan Lazim Kesuburan

Frequently Asked Questions

Apakah faktor yang boleh menjejaskan kesuburan?

Terdapat pelbagai faktor seperti umur, keadaan kesihatan, gaya hidup dan genetik boleh memberi kesan kepada kesuburan. Adalah penting untuk berunding dengan pakar kesuburan untuk memahami situasi individu tertentu.

Bilakah saya perlu mendapatkan bantuan untuk kesuburan?

Jika anda dan pasangan telah mencuba secara aktif untuk hamil selama setahun tanpa kejayaan (atau enam bulan jika anda berumur lebih dari 35 tahun), anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesuburan untuk mendapatkan konsultasi.

Mulakan rawatan awal bagi meningkatkan peluang anda mendapatkan zuriat.

Apakah ujian yang terlibat dalam ujian saringan kesuburan?

Terdapat 3 ujian utama dalam saringan kesuburan iaitu:

  1. Penilaian hormon AMH bagi menentukan rizab telur wanita

  2. Ujian analisis air mani bagi menentukan kualiti sperma; dan

  3. TVS ultrasound bagi memeriksa rahim dan ovari.

Kesemua 3 ujian ini membantu mengenal pasti isu yang dihadapi pasangan dan membantu kearah rawatan yang terbaik secara lebih objektif.

Ujian genetik turut ditawarkan untuk pasangan dalam situasi tertentu.

Dapatkan info lanjut tentang Ujian Kesuburan di Sophea @ Bangi.

Bolehkah perubahan gaya hidup meningkatkan kesuburan?

Ya, mengamalkan gaya hidup sihat, termasuk diet seimbang, senaman yang kerap, dan mengelakkan tabiat berbahaya seperti merokok/vape, boleh memberi kesan positif kepada kesuburan untuk lelaki dan wanita.

Apakah rawatan kesuburan yang ada bagi membantu pasangan?

Rawatan kesuburan termasuk:

  1. Ubat bagi merangsang ovulasi seperti clomiphene citrate (clomid) atau letrozole.

  2. Inseminasi intrauterin (IUI).

  3. Persenyawaan in vitro (IVF).

Rawatan yang sesuai akan bergantung kepada latarbelakang dan keputusan ujian saringan kesuburan yang dijalankan untuk setiap pasangan.

Dapatkan info lanjut tentang Rawatan Kesuburan di Sophea @ Bangi.

Bagaimanakah umur mempengaruhi kesuburan?

Kesuburan menurun dengan usia, terutamanya bagi wanita. Wanita pada umumnya paling subur pada usia 20an dan awal 30an. Adalah penting untuk mengetahui perkara ini semasa merancang kehamilan.

Adakah rawatan kesuburan dilindungi oleh insurans?

Perlindungan insurans berbeza-beza. Kebanyakan pelan tidak merangkumi rawatan kesuburan. Adalah dinasihatkan untuk menyemak dengan pembekal insurans anda untuk memahami perlindungan yang ada.

Bolehkah lelaki juga menjadi punca ketidaksuburan?

Sudah tentu! Faktor lelaki menyumbang kepada kira-kira 40% kes ketidaksuburan. Analisis sperma adalah ujian yang biasa dijalankan untuk menilai kesuburan lelaki. Kedua-dua pasangan harus dinilai semasa ujian saringan kesuburan bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh.

Adakah terdapat cara semula jadi untuk meningkatkan kesuburan?

Dengan mengekalkan gaya hidup sihat, menguruskan tekanan (stress) dan memahami kitaran haid anda boleh meningkatkan kesuburan secara semula jadi.

Namun begitu, jika berterusan melebihi 1 tahun, maka sila berjumpa doktor pakar kesuburan anda bagi mendapatkan konsultasi.

Berapa lama rawatan kesuburan mengambil masa?

Tempoh rawatan adalah berbeza mengikut keadaan pasangan. Ada yang mencapai kejayaan dalam beberapa bulan, sementara yang lain mungkin memerlukan lebih banyak masa. Ia bergantung pada faktor seperti rawatan yang dipilih, keadaan individu, dan sejauh mana tubuh bertindak balas keatas rawatan yang diberikan.

Ingin tahu lebih lanjut?

Tanya Dr Salleha

Anda sedang TTC? Ada soalan tentang kesuburan yang bermain di fikiran? Bila perlu jumpa doktor? Ingin tahu lebih lanjut tentang rawatan clomid, IUI atau IVF?

WhatsApp Dr. Salleha