Sophea @ Bangi menawarkan perkhidmatan ujian kesuburan secara komprehensif yang meliputi ujian seperti berikut:
Sesi konsultasi akan mengambil sejarah pasangan dari awal perkahwinan, usaha yang diambil kearah menimang cahaya mata, kitaran haid, penyakit lain yang ada, sejarah pembedahan sebelum ini serta rawatan fertiliti yang pernah diambil sebelum ini, jika ada.
Sejarah keluarga seperti penyakit keturunan seperti Thalassaemia contohnya akan juga dikenal pasti.
Pemeriksaan imbasan bunyi (ultrasound) bagi wanita di jalankan bagi tujuan melihat dengan lebih jelas bentuk rahim dan kilang telur (ovari). Ianya dilakukan secara imbasan luar (abdominal) dan dalaman (transvaginal) bagi mendapatkan imej yang lebih jelas terutamanya pada kilang telur, di mana pengiraan jumlah bilangan telur (antral follicle count) pada kitaran bulan tersebut dapat dilakukan.
Pemeriksaan bacaan rizab telur wanita dengan mengambil ujian Anti-Mullerien Hormone (AMH). AMH dapat memberikan bacaan paras simpanan rizab telur seseorang wanita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap wanita dilahirkan dengan bilangan rizab telur yang tertentu. Bilangan ini yang akan berkurangan mengikut kadar usia. Wanita tidak menghasilkan telur yang baru. Telur-telur ini akan digunakan pada setiap kali kitaran haid sehinggalah putus haid.
Air mani yang dikeluarkan akan diperiksa di makmal sejurus selepas ianya dihasilkan oleh pegawai makmal yang bertauliah. Secara asasnya pemeriksaan sperma ini merangkumi tiga faktor utama iaitu bilangan, pergerakan dan bentuk sperma. Ujian sperma adalah penting kerana ia menentukan halatuju jenis rawatan kesuburan yang diperlukan oleh setiap pasangan.
HyFoSy adalah singkatan dari Hysterosalpingo-Foam Sonography, yang merupakan prosedur pengimejan perubatan yang digunakan untuk menilai tiub fallopio dan rongga rahim pada wanita. Semasa HyFoSy, agen kontras disuntik ke dalam rahim, dan pengimejan ultrasound digunakan untuk mengesan aliran buih melalui tiub fallopio. Prosedur ini membantu menilai keterbukaan tiub fallopio dan boleh digunakan untuk mengenal pasti sebarang isu pada organ reproduktif.
Wanita yang berusia 35 tahun ke atas atau mengalami kegagalan penempelan berturut-turut (recurrent implantation failure) boleh memilih untuk melakukan pemeriksaan genetik bagi embrio. Pemeriksaan genetik ke atas embrio boleh mengenal pasti embrio yang mana mempunyai kandungan genetik yang luar biasa. Meletakkan embrio yang mempunyai kandungan genetik yang normal dapat meningkatkan peratus kejayaan kandungan setinggi 60%.