- Oct 28
Air Mani Keluar Balik Lepas Bersama, Masih Boleh Hamil Ke?
- Dr. Salleha Khalid
- 0 comments
Ramai wanita yang sedang TTC risau bila air mani keluar balik selepas bersama suami.
“Doktor, kalau air mani keluar balik, maksudnya semua sperma dah keluar ke? Macam mana nak pregnant?”
Jangan risau. Ini perkara yang normal!
Kenapa air mani keluar balik selepas bersama?
Air mani ialah cecair yang mengandungi sperma. Selepas ejakulasi di dalam faraj, sebahagian cecair ini memang boleh mengalir keluar semula.
Tapi itu tak bermakna semua sperma dah keluar.
Sperma boleh mula masuk ke pangkal rahim (serviks) dalam beberapa saat selepas ejakulasi.
Jadi, walaupun ada air mani yang keluar balik, peluang untuk hamil masih ada.
Perlu ke angkat kaki atau baring lama-lama?
Tak perlu pun!
Setakat ini, tiada bukti saintifik yang menunjukkan angkat kaki, tinggikan pinggul atau baring lama-lama selepas bersama boleh meningkatkan peluang kehamilan.
Kalau nak rehat sekejap, boleh sahaja. Tapi ia bukan syarat untuk pregnant.
Jadi, apa yang lebih penting untuk TTC? : Timing waktu subur!
Hubungan bersama setiap 1–2 hari dalam tempoh subur boleh membantu meningkatkan peluang kehamilan.
Dan ingat, air mani yang keluar balik bukan tanda seseorang wanita itu tak subur.
Kalau dah lama TTC tetapi masih belum berjaya, sebaiknya dapatkan pemeriksaan kesuburan untuk mengetahui puncanya.
Masih Ada Soalan?
Masih ada soalan selepas membaca artikel ini? Kami sedia membantu.