- Nov 24, 2025
Mitos Simpan Lama Untuk Kuatkan Sperma: Betul Atau Tidak Untuk TTC?
- Dr. Salleha Khalid
- 0 comments
Bagaimana Sebenarnya Sperma Berfungsi?
Topik sperma ni memang banyak mitos. Ada yang kata simpan lama bagi sperma lebih ‘padu’, ada yang percaya ia meningkat peluang hamil. Ramai pasangan TTC pun masih keliru tentang berapa hari sepatutnya suami ‘pantang’ sebelum bersama.
Realitinya, sperma tidak berfungsi macam tenaga yang semakin meningkat bila disimpan. Lelaki menghasilkan sperma secara berterusan setiap hari. Bila ia dibiarkan terlalu lama, sperma yang ada mula merosot dari segi pergerakan, struktur dan DNA.
1. Apa Berlaku Bila Sperma Disimpan Terlalu Lama
Sperma ada “expiry timeline”. Terlalu lama disimpan boleh menyebabkan:
Pergerakan sperma semakin perlahan
Risiko DNA damage meningkat
Lebih banyak radikal bebas terkumpul
Sperma kurang sesuai untuk persenyawaan
Secara ringkasnya: lagi lama simpan, lagi rendah kualitinya.
2. Mitos “Simpan Lama” dan Dari Mana Ia Datang
Mitos ini datang daripada anggapan bahawa air mani yang lebih pekat atau lebih banyak = sperma lebih kuat. Padahal:
Air mani pekat bukan tanda sperma sihat
Volume tak sama dengan kualiti
Sperma lama telap lemah bila menunggu terlalu lama dalam testis
Jadi kalau simpan 7–10 hari sebab nak “lebih power”, sebenarnya ia beri kesan sebaliknya.
3. Berapa Hari Paling Ideal Untuk Kesuburan
Untuk semen analysis, WHO cadangkan 2–7 hari abstinence.
Tapi untuk TTC, hubungan secara konsisten lebih penting.
Yang paling ideal:
Bersama setiap 2–3 hari supaya sperma sentiasa fresh, aktif dan berkualiti.
Ini juga mengurangkan tekanan untuk “timing tepat”, dan meningkatkan peluang semulajadi.
4. Konsisten Lebih Penting Daripada “Pantang Lama”
TTC bukan perlumbaan siapa paling banyak pantang, atau siapa paling tepat masa.
Konsistensi jauh lebih penting.
Tak perlu tunggu sehingga fertile window
Tak perlu “simpan lama” sebelum bersama
Fokus pada hubungan yang selesa dan natural
Fresh sperm = better quality = higher chance of pregnancy.
5. Bila Perlu Check Kualiti Sperma
Ujian sperma tidak rumit dan boleh beri banyak jawapan awal tentang kesuburan lelaki.
Pertimbangkan untuk buat semen analysis jika:
Sudah TTC 6–12 bulan tanpa hasil
Ada sejarah masalah kesuburan
Ada faktor risiko seperti merokok, obesiti, varicocele atau stress tinggi
Isteri sudah buat check up tetapi masih tiada penjelasan
Jangan tunggu terlalu lama. Semakin awal detect masalah, semakin cepat rawatan boleh dimulakan.
6. “Doc! Kalau Bujang Macam Mana?”
Artikel ini ditulis khusus untuk konteks TTC (trying to conceive). Nasihat tentang berpantang beberapa hari atau kekerapan bersama hanya relevan jika seseorang itu sudah berkahwin dan sedang berusaha untuk hamil.
Bagi yang masih bujang, isu berkaitan sperma lebih fokus kepada kesihatan keseluruhan (tidak merokok, vape, alkohol) serta gaya hidup dan bukan usaha untuk mendapatkan baby.
7. “Kalau Tiap Hari Pun Tak Apa Ke, Doc?”
Ramai juga tanya soalan ini. Sekali lagi, artikel ini khusus untuk konteks TTC. Jawapan ringkas: boleh, tapi untuk TTC ia mungkin bukan strategi paling optimal.
Kenapa?
Bila ejakulasi berlaku setiap hari, jumlah sperma mungkin sedikit berkurang
Tetapi kualiti keseluruhan biasanya masih baik
Cuma untuk peluang kehamilan, 2–3 hari sekali sudah memadai dan lebih seimbang
Prinsipnya mudah:
Tidak perlu sampai stress atau paksa jadual.
Yang penting hubungan konsisten, selesa dan tidak menambah tekanan kepada pasangan.
Kesimpulan
Mitos simpan lama untuk kuatkan sperma mungkin kedengaran logik, tapi sebenarnya tidak tepat. Dalam TTC, sperma yang sihat adalah sperma yang fresh, aktif dan bebas kerosakan DNA. Yang paling penting ialah konsistensi, bukan pantang lama.
Jaga kesihatan, kurangkan stress, dan seimbangkan rutin hubungan. Ini jauh lebih bermakna untuk peluang hamil berbanding “simpan lama”.