- Apr 15, 2025
Sakit Haid: Bila Perlu Risau?
- Dr. Salleha Khalid
- 0 comments
Setiap bulan, ramai wanita alami sakit perut semasa haid. Biasanya kita akan telan panadol, letak botol panas, dan cuba ‘tahan je’. Tapi… bila sakit haid terlalu kuat, sampai mengganggu kerja atau kehidupan harian—itu bukan sesuatu yang patut diabaikan.
Apa Itu Senggugut ‘Normal’?
Senggugut atau sakit haid ringan berlaku disebabkan pengecutan rahim semasa menyingkirkan lapisan endometrium.
Biasanya berlaku 1–2 hari pertama haid
Boleh rasa cramp di bawah perut atau belakang
Akan lega dengan ubat tahan sakit biasa atau rehat
Bila Sakit Haid Jadi Tak Normal?
Sakit haid dikira luar biasa bila:
Sakit bermula sehari dua sebelum haid dan berterusan lebih dari 3 hari
Tak lega dengan ubat biasa
Sampai tak boleh bangun, kerja, atau ke kelas
Disertai haid yang sangat banyak atau haid tidak teratur
Punca Sakit Haid Yang Teruk
1. Endometriosis
Tisu endometrium tumbuh di luar rahim dan menyebabkan radang serta kesakitan kronik.
Biasanya disertai haid yang sangat sakit, sakit masa bersama, dan kadang susah untuk hamil.
2. Adenomyosis
Tisu endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim. Haid boleh jadi sangat sakit dan banyak.
3. Fibroid Rahim
Ketumbuhan dalam rahim yang boleh menyebabkan tekanan, haid yang banyak dan sakit bawah perut.
Apa Pemeriksaan Yang Boleh Dibuat?
Ultrasound (TVS): Untuk lihat dinding rahim, fibroid atau cyst
Laparoscopy (jika disyaki endometriosis): Pemeriksaan invasif untuk diagnosis tepat
Ujian hormon: Jika haid juga tidak teratur
Rawatan Bergantung Kepada Punca
Rawatan akan bergantung kepada punca sebenar. Antara rawatan yang biasa dicadangkan:
Ubat tahan sakit (NSAIDs)
Ubat hormon (pil perancang atau hormon khas untuk endometriosis)
Pembedahan jika perlu (laparoskopi untuk endometriosis atau pembuangan fibroid)
Kesimpulan
Kalau sakit haid buat anda rasa perlu ‘survive’ setiap bulan, itu bukan biasa. Jangan rasa malu untuk bercakap dengan doktor. Rawatan boleh bantu bukan saja hilangkan sakit, tapi juga bantu rancang kesuburan jika anda sedang TTC.